"CARA YANG LEBIH MUDAH MENGURUSKAN KUTIPAN YURAN SEKOLAH ANDA"


Kini, anda tidak perlu lagi menggunakan Buku Resit dan Fail Rekod Yuran untuk menguruskan kutipan yuran, semuanya boleh dilakukan dengan
Sistem Kutipan Yuran (SKY).


Pernahkah anda mengalami situasi-situasi seperti ini?

  • Sukar untuk anda mencari salinan resit. Anda perlu menyelak sehelai demi sehelai buku-buku resit yang ada
  • Sukar untuk membuktikan kepada ibubapa bahawa mereka mempunyai tunggakan yuran
  • Sukar untuk anda mengenalpasti pelajar-pelajar yang tidak membayar yuran
  • Sukar untuk anda untuk memantau bilangan pelajar dalam setiap kelas
  • Urusan pembayaran yuran di awal tahun mengambil masa yang lama untuk seorang pelajar
  • Setiap bulan kutipan yuran bulanan yang diterima sukar diurus, terlalu banyak yang perlu direkod
  • Senarai nama pelajar kelas anda yang kerap berubah, sukar untuk mendapatkan yang terkini
           

Pernahkan anda terfikir, andainya......

  • Anda tak perlu lagi menyelak, semua buku resit semata-mata untuk mencari satu salinan sahaja
  • Anda hanya perlu tunjukkan bukti yang kukuh untuk menjelaskan kepada ibubapa tentang yuran anak mereka
  • Anda boleh menyenaraikan nama-nama pelajar yang tidak membayar yuran bila-bila masa sahaja
  • Bilangan pelajar untuk setiap kelas boleh diketahui, supaya mudah untuk anda menempatkan pelajar baru
  • Urusan pembayaran yuran di awal tahun lebih cepat, tiada lagi ibubapa beratur panjang
  • Urusan kutipan yuran bulanan mudah diurus, hanya terima wang, cetak resit dan borang serahan telah siap sedia
  • Senarai nama pelajar untuk setiap kelas boleh didapati bila-bila masa sahaja
           


Kami ada jawapan untuk masalah anda.....


SKY1
Kami telah membina satu sistem yang dinamakan SISTEM KUTIPAN YURAN (SKY) yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah-masalah di atas.

Sistem ini dibina secara in-house di sebuah KAFA di Kuala Selangor. Dibina secara in-house bermakna, sistem ini telah  dibina/dipertingkatkan berdasarkan keperluan dan kemudahan pengguna sehingga ianya benar-benar berfungsi sepertimana dikehendaki. Dengan kerjasama KAFA tersebut, kami telah menjadikan sistem ini menepati kehendak mereka sepertimana yang digariskan oleh pihak JAIS. Sistem ini juga telah digunakan di KAFA tersebut dan ternyata ianya telah banyak membantu mereka memperkemaskan kaedah kutipan yuran mereka.

Sebelum ini mereka menggunakan kaedah kutipan yuran secara manual. Iaitu dengan menggunakan Buku Resit dan Fail Rekod Yuran. Di antara kelemahan kaedah ini adalah :-

Lambat - kerani perlu mencari nama pelajar di dalam Fail Rekod berdasarkan kelas, selepas itu barulah resit ditulis. No resit tersebut direkod di dalam Fail Rekod Yuran. Untuk membuat serahan kutipan, kerani perlu menulis senarai pelajar yang telah membayar pada hari tersebut, mengira jumlah wang di dalam senarai dan juga ditangan sebelum diserahkan kepada Bendahari

Kehilangan data - adakalanya, kecuaian tidak disengajakan. Kerani terlupa untuk merekod no resit di dalam Fail Rekod Yuran.

Data tidak diyakini - Disebabkan maklumat resit di dalam Fail Rekod Yuran yang ditulis tangan, ianya mudah untuk diubah atau dipadamkan tanpa mengetahui angkara siapa.

Kelebihan Sistem Kutipan Yuran (SKY)

  • Login pengguna - dengan adanya login pengguna, sistem dapat mengesan siapa yang menambah dan mengubahsuai data
  • Kaedah carian yang cepat - pengguna boleh mencari maklumat dengan cepat
  • Kutipan yuran yang mudah dan cepat - pengguna hanya perlu mencari nama pelajar, dan klik dibahagian yuran yang ingin dibayar, sistem akan mengeluarkan noresit secara automatik. Pengguna boleh terus mencetak resit (tidak perlu menulis lagi)
  • Serahan yang lengkap dan kemas - Serahan kutipan yuran boleh dilakukan dengan mudah. Sistem akan mengeluarkan senarai mengikut tarikh yang dikehendaki dan menjumlahkan sekali kutipan hari tersebut. Tiada lagi perlu menulis senarai yang panjang dan mengira jumlah satu persatu.
  • Maklumat ibubapa (cth : no untuk dihubungi) dan pelajar (cth : no surat beranak) boleh didapati dengan mudah
  • Senarai nama pelajar mengikut kelas boleh diambil bila-bila masa dan terkini
  • Guru kelas boleh memantau kutipan yuran kelas mereka dengan mudah
  • Bendahari boleh memantau kutipan yuran sekolah dengan mudah dan cepat
  • Sistem berupaya untuk mengutip pelbagai jenis yuran seperti Yuran Tahunan, Yuran Bulanan, Pembelian Buku dan Yuran Sumbangan (PIBG)

Kenapa anda perlu menggunakan Sistem Kutipan Yuran (SKY) ini...

  • Supaya rekod maklumat pelajar dan ibubapa disimpan dan dicapai dengan mudah
  • Supaya rekod maklumat yuran sekolah disimpan dengan selamat dan terkini
  • Memudahkan anda memantau kedudukan kutipan yuran sekolah
  • Memudahkan guru untuk mendapatkan maklumat pelajar dengan mudah dan pelbagai
  • Mempercepatkan proses kutipan yuran

                           

"Kalau dulu susah sikit nak dapat laporan yuran yang lengkap, proses mengemaskini maklumat mengambil masa yang lama. Nak cari maklumat pelajar juga susah, nak kena cari fail. Sekarang semuanya dihujung jari...."

Ustazah Siti Arbaiyah bt Mokhtar                                        
Guru KAFA


Siapakah yang perlu menggunakan sistem ini...

Walaupun sistem ini dibina secara in-house di sebuah KAFA, namun pendekatan yang digunakan, membolehkan sistem ini digunakan juga oleh KAFA dan TADIKA serta PIBG sekolah.

Ini kerana konsep kutipan yuran tahunan, yuran bulanan, pembelian buku dan yuran sumbangan adalah sama.

System Requirement

Sistem ini memerlukan sekurang-kurangnya :-

  • CPU 1GHz
  • Memory 512MB
  • Hard Disk free space 100MB
  • Windows XP / Windows2000
  • MS Access 2003
  • Printer Dot matrix (Panasonic KX-P 1121)
  • Kertas komputer 9" x 11 1/2" 2-ply 2-up
(printer dan kertas adalah optional, bagi yang mahukan resit dicetak dalam 2 salinan (satu simpanan ibubapa dan satu simpanan sekolah)

Screenshot

Berikut dipaparkan sebahagian screenshot sistem ini sebagai sedikit gambaran.
 

!!!TERBARU!!!! 

(update 2011)
- Maklumat terperinci untuk ibubapa dan pelajar
- Senarai ibubapa dan anak bagi sesi yang dikehendaki
- Senarai ibubapa (beserta alamat) yang belum membayar yuran PIBG, untuk rujukan bagi mengeluarkan surat peringatan
- Yuran PIBG boleh lebih dari satu item

**Kami juga telah membina modul untuk merekod maklumat akademik (ujian dan peperiksaan). Modul ini mampu merekod markah dan memberikan pangkat secara automatik. Ianya juga boleh mengeluarkan laporan prestasi individu dan juga laporan mengikut kelas/darjah.
Modul ini dijual berasingan bagi pelanggan yang telah memiliki SKY. Maklumat pelajar dikemaskini secara automatik dari SKY.

(update Januari 2010)
Sekuriti update - 2 jenis login berbeza, satu utk pengguna biasa dan satu utk Admin. Data2 penting hanya boleh diubahsuai oleh Admin.

Tambahan jenis pembayaran iaitu utk Bayaran Umum, utk sebarang pembayaran yg dikutip bila2 masa (bukan secaran bulanan/tahunan)

Laporan Yuran Tahunan mengikut kategori item/jenis yuran. Memudahkan merekod di dalam buku Suwa.

(update Ogos 2009)
Hanya tambah RM50 anda boleh miliki versi yg mempunyai Resit Induk dan Senarai Resit Induk utk ditulis dlm Buku Suwa)

(update Mei 2009)
Kini kami telah ubahsuai SKY supaya lebih menepati keperluan sesetengah KAFA/TADIKA yang mempunyai pelbagai YURAN BULANAN seperti TRANSIT, TRANSPORT, IQRA' dan sebagainya...

Di dalam versi ini, setiap pelajar akan mempunyai beberapa jenis yuran yang perlu dibayar setiap bulan bergantung kepada  KAFA/TADIKA masing-masing.

GetNow

Cara pembelian

Untuk membeli sistem ini anda perlu mengikuti langkah dibawah :-

Hantarkan kepada kami maklumat di bawah ke email kami di order@sistem-maklumat.com dan maklumkan kepada kami mengenai email tersebut melalui SMS ke 019 - 395 4573

maklumat yang diperlukan :-

 
Nama anda
 
Nama Sekolah
 
Alamat Sekolah
 
Logo sekolah (dalam bentuk bmp/jpeg)

No Telefon
 

Setelah maklumat tersebut diterima, kami akan memproses tempahan anda dan file sistem akan dihantar melalui email (beserta username dan password) setelah bayaran dibuat.

Para Pelanggan kami

1.   Kafa Integrasi Darul Syahadah, Sg Buloh
2.   Tadika & Taski AsSofea, Johor Bahru
3.   Kafa Raudathul Amal, Sg Buloh
4.   Sekolah Rendah Islam Omar Zuhdi, Sg Buloh
5.   Kafa Intergrasi AsSyakirin, Cheras
6.   Sekolah Rendah Islam AsSyakirin, Cheras
7.   Kafa Intergrasi Islahiah, Ampang
8.   Madrasah Pra-Tahfiz Al-Mukarramah, Kajang
9.   Tadika Si Kecil Pintar (Little Caliphs), Sg Buloh
10. Tadika Cahaya Mutiara (Q-Dees), Sg Buloh
11. Kafa Integrasi Al-Raudhah, Puchong
12. Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah & Tadika Ummi, Sabah
13. Tadika Tahfiz Al-Hakim, Dungun
14. Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, Puchong
15. Tadika Pintar Bistari, Pasir Gudang
16. Pusat Tuisyen GVL, Sg Buloh
17. Sek. Men. Agama Al-Khairiah Al-Islamiah, Mersing
18. Tadika Abim, Sg Petani
19. Sekolah Rendah Islam Darul Aman, Alor Setar
20. Tadika Rama-rama Impian, Klang
21. Taska Rama-rama Impian, Klang
22. Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sg Buloh
23. Kafa Integrasi Al-Insan, Shah Alam
24. Sekolah Rendah Islam Integrasi Sg Chinchin, Gombak
25. Sekolah Islam Al-Imtar, Ampang
26. Sekolah Menengah Agama Arabiah, Kluang
27. Tadika Tiara Bistari, Kuantan
28. Kafa Integrasi Madinatul Ilmi, Sg Buloh
29. Tadika Genius Aero Kids, Sepang
30. Kelas Bimbingan Dewan Guthrie, Bkt Jelutong
31. Tadika Sayangku Pintar (Little Caliphs), Sg. Buloh
32. Sekolah Rendah Agama Sg. Sekamat, Kajang

Hubungi kami

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami :-

MJ Solutions (SA0109255-M)

email  : info@sistem-maklumat.com
   sms : 019 - 395 4573


      
                    call             viber          whatsapp